Muzium DiRaja (Istana Negara Lama)
yang terletak di Jalan Istana merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong
sejak tahun 1957 sehingga tahun 2011. Kawasan istana seluas kira-kira 13 ekar (50,000m
persegi) ini terletak pada kedudukan lereng bukit di Bukit Petaling
bersebelahan Sungai Klang di sepanjang Jalan Syed Putra. Kini bangunan ini telah dijadikan muzium dan dibuka kepada orang awam untuk dilawati. Bangunan istana ini
dikelilingi kawasan seluas 11.34 hektar yang dikelilingi dengan pelbagai
spesies flora antaranya pokok medang, pokok ara, pelbagai spesies
palma, bunga-bungaan lanskap, pokok buah-buahan (rambutan, mangga, manggis,
langsat, jambu, pisang, rambutan, nangka) dan juga paku-pakis liar. Keindahan lanskap Muzium Istana ini turut menggamit
kehadiran beberapa spesies fauna seperti biawak air, tupai, pelbagai jenis burung,
pepatung, rama-rama, kumbang dan lain-lain serangga menghiasi lanskap di sekitar
Muzium Diraja ini.
Maklumat lanjut berkenaan Muzium Diraja klik
http://www.jmm.gov.my/en/museum/muzium-diraja
kawasan dusun buah-buahan
Antara beberapa flora dan fauna
yang terdapat di Muzium Diraja ini........
Orkid
|
Buah Ara (Ficus sp) |
|
Buah Penaga Lilin (Mesua ferrea) |
|
Pulasan (Nephelium mutabile) |
|
Jambu mawar (Syzygium jambos) |
|
Susun kelapa (Tabernaemontana divaricata) |
|
Nangka (Artocapus heterophyllus) |
|
Teratai (Nymphaea sp) |
|
Pokok Ara melitupi pokok hujan-hujan (Samanea saman) |
|
Bayas |
|
Biawak |
|
Pepatung |
|
Pandanus sp |