Monday, March 3, 2014

Flora Muzium DiRaja








Muzium DiRaja (Istana Negara Lama) yang terletak di Jalan Istana merupakan kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong sejak tahun 1957 sehingga tahun 2011. Kawasan istana seluas kira-kira 13 ekar (50,000m persegi) ini terletak pada kedudukan lereng bukit di Bukit Petaling bersebelahan Sungai Klang di sepanjang Jalan Syed Putra. Kini bangunan ini telah dijadikan muzium dan dibuka kepada orang awam untuk dilawati. Bangunan istana ini dikelilingi kawasan seluas 11.34 hektar yang dikelilingi dengan pelbagai spesies flora antaranya pokok medang, pokok ara, pelbagai spesies palma, bunga-bungaan lanskap, pokok buah-buahan (rambutan, mangga, manggis, langsat, jambu, pisang, rambutan, nangka) dan juga paku-pakis liar. Keindahan lanskap Muzium Istana ini turut menggamit kehadiran beberapa spesies fauna seperti biawak air, tupai, pelbagai jenis burung, pepatung, rama-rama, kumbang dan lain-lain serangga menghiasi lanskap di sekitar Muzium Diraja ini.


Maklumat lanjut berkenaan Muzium Diraja klik http://www.jmm.gov.my/en/museum/muzium-diraja
  
 kawasan dusun buah-buahan

Antara beberapa flora dan fauna yang terdapat di Muzium Diraja ini........

Orkid 

 Buah Ara (Ficus sp)
 Buah Penaga Lilin (Mesua ferrea)
 Pulasan (Nephelium mutabile)
Jambu mawar (Syzygium jambos)
 Susun kelapa (Tabernaemontana divaricata)
Nangka (Artocapus heterophyllus)
Teratai (Nymphaea sp)

Pokok Ara melitupi pokok hujan-hujan (Samanea saman)
Bayas
Biawak
Pepatung
Pandanus sp

No comments:

Post a Comment